Sunday, 29 July 2012
Saturday, 28 July 2012
Ana Rindu Allah
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang
Ketika Allah menguji hambanya dengan dugaan....menguji mereka dengan kesunyian,kekangan ,bencana...dan hambanya merintih dan merungut kepadaNya...
Satu perkara yang sahabat perlu tahu kenapa Allah uji sahabat..
Allah mengirimkan malaikat jibrail untuk menghantar hadiah istimewa kepada sahabat....iaitu dugaan..sedarkah sahabat ,Allah rindu pada sahabat..rindu kepada hambaNya..Allah rindu untuk mendengar tangisan,rintihan hambaNya ..tapi sedalam mana rindu kita sebagai seorang hamba yang asyik merungut ni?...
Dalam Hadis Allah berfirman:-
" Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian
padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(HR Thabrani dari Abu Umamah)
Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahalkamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman..(al Imran:139)
Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhanselain dariNya dan hanya padaMu aku bertawakal.(atTaubah:129)
...sujud dan mohonlah kepadaNya sebagai tanda cinta dan rindu sebagai seorang hamba kepada Pemilik Cinta Abadi ..Allah..Semoga kita sama-sama memiliki cinta Allah..amin
Qiamullail jom~..^__^
Friday, 27 July 2012
senyum sikit boleh..^^
dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang..
Assalamualaikum sahabat....
sebelum tu,senyum sikit ^_____^.. ha kan manis tu....hehe.nak tanya sikit..hari ni dah berapa ramai tengok senyumansahabat?...*counting2....tahniah!!.cukup ramai...pahala sedekah telah masuk ke akaun anda..senyum tu kan sedekah...bukan tu je tau,if you want to know,.senyum adalah pnawar duka dan amarah...cukup untuk mewarnai jiwa yang duka...cukup untuk memadamkan api amarah..dan cukup untuk membahagiakan orang2 disekeliling sahabat..tak percaya?..try test dulu,before keluar bilik praktise senyum depan cermin....*..*..*~~~.SMILE~~~*..*..*
Assalamualaikum sahabat....
sebelum tu,senyum sikit ^_____^.. ha kan manis tu....hehe.nak tanya sikit..hari ni dah berapa ramai tengok senyumansahabat?...*counting2....tahniah!!.cukup ramai...pahala sedekah telah masuk ke akaun anda..senyum tu kan sedekah...bukan tu je tau,if you want to know,.senyum adalah pnawar duka dan amarah...cukup untuk mewarnai jiwa yang duka...cukup untuk memadamkan api amarah..dan cukup untuk membahagiakan orang2 disekeliling sahabat..tak percaya?..try test dulu,before keluar bilik praktise senyum depan cermin....*..*..*~~~.SMILE~~~*..*..*
Thursday, 26 July 2012
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
..terangi jiwaku dengan nur kasihMu..
..akhiri aku dengan kalimahMu..
..pimpinlah aku menuju jannahMu..
hanya padaMu tempatku merintih
Wednesday, 25 July 2012
Al-Quran sebagai pembela
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."
Subscribe to:
Posts (Atom)






