Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih & Penyayang
Assalamualaikum sahabat...memandangkan kita sekarang berada dibulan suci Ramadhan.nak juga ana buat sedikit ucapan yang tak seberapa ni.Semoga kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik,bukan maksud bulan lain tak boleh berubah cuma manfaatkan Ramadhan untuk membantu untuk berubah ke arah lebih soleh & soleha.Dan semoga istiqamah dalam perubahan pada bulan-bulan seterusnya.Bersihkan hati dengan AlQuran dan Zikrullah,perbaiki hubungan silaturrahim dengan keluarga,sahabat dan orang disekeliling kita.Jaga mulut,mata,telinga dan yang paling penting hati,kenapa ana cakap hati paling penting,sebab kalau tak jaga hati,susah nak control mata telinga dan mulut dari perkara yang baik-baik.Jaga hati baik-baik,kalau tak nanti rosak.Tenangkan hati baik-baik,kalau tak nanti sakit.Didik hati baik-baik,kalau tak nanti keras.
Maaf ye ,terlampau panjang sangat ucapan ana.Sebenarnya ana nak cerita ptentang satu kisah cinta.Eh kejap,jangan la hyper excited sangat,baru cakap cinta bukan main suka u all kan.Cinta yang ana maksudkan ialah Cinta Sebenar Cinta Seorang Rasul.Cerita ini ana dapat dari seorang sahabat blogger.Cuba dalami cerita ini,insyallah cinta baginda menusuk dalam hati kita sebagai umatnya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..
Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.
Mencari keredhaanMu
Wednesday, 10 July 2013
Saturday, 19 January 2013
Hamba Allah Yang Mulia
Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Penyayang
Sewaktu ana hadir bulatan gumbira...ukht sakinah hulur pada ana sehelai kertas kecil..ukht sakinah pesan "baca kat rumah tau dalam keadaan tenang ",setelah selesai bersalam dengan akhwat..balik tu lepas selesai siapkan assignment..pukul 12 lebih..roommate pon dah tidur..teringat kertas yang ukht bagi.segera ana dapatkan kertas tu...dalam keadaan tenang,bismillahirrahmanirrohim..

Suatu hari...Nabi Muhammad S.A.W bertanya:
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab:
"Para malaikat ya Rasulullah"
Sahabat yang lain:
"Tentulah para Nabi,merekalah yang mulia."
Nabi tersenyum lalu berkata:
"Ya,mereka mulia,tetapi ada yang lebih mulia."
Para sahabat terdiam lalu berkata:
"Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah ?"
Nabi berkata:
"Tentulah kalian mulia,kalian dekat denganku,tetapi bukan kalian yang aku maksudkan."
Nabi menundukkan wajahnya,Baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya,lalu berkata:
"Wahai sahabatku,mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku,mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian mereka tidak pernah melihatku,mereka tidak dekat denganku seperti kalian,mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA..
MEREKALAH UMATKU..
ALLAHUMMA SALLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD
subhanallah...hati ana terdetik..adakah ana tergolong dalam umat yang Rasullullah rindu?layakkah ana?..sedangkan ana terlupa pada Rasullullah,sedangkan ana leka untuk turut pada sunnahnya..tapi ana nak sangat ada perasaan rindu pada Rasulullah..
Monday, 24 September 2012
usia remajamu
dengan nama Allah yang maha Pengasih & Penyayang
perasan tak sahabat?;-
bila usia kita makin meningkat,Allah akan tarik satu-persatu anugerah yg ada pada diri kita..
~zaman kanak2,cel2 baru mula terhasil,tulang dan otot mula kuat...
~zaman remaja,struktur dan kekuatan badan dah cukup sempurna,kesihatan yang baik,rupa dah cantik,kuat daya ingatan,akal yg berfungsi dengan baik untuk membezakan yg haq dan batil..
~zaman tua,sakit2 tulang,pelbagai penyakit,kulit mengendur,penglihatan mula kabur,cepat lupa..
apa yg saya nak terangkan ialah masa remaja adalah waktu yg paling sesuai untuk bekerja kejalan Allah,masa yg paling sesuai untuk menghafaz dan mengkaji Quran,masa yang paling sesuai untuk mencari dan meneroka rahsia2 alam,masa yg paling sesuai untuk berjihad,masa yg paling sesuai menegakkan kebenaran,masa yg sangat sesuai untuk menjadi khalifah.dan masa yang paling sesuai untuk menjadi pejuang Islam..tapi,dimana kita sekarang sebagai umat yang bergelar REMAJA?..
so,sayangi masa remaja anda dan manfaatkan anugerah Allah sebaiknya..jgn sampai dah hilang semua anugerah baru nak menyesal..

*peringatan utk diri sendiri yg dah mula hilang daya penglihatan,dan untuk sahabat2 yang sudi membaca..^^
Saturday, 11 August 2012
cinta nan abadi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Assalamualaikum sahabat...harap sahabat semua sihat..yang tak sihat tahniah,dosa sahabat sedang terhapus...sebenarnya sakit itu adalah nikmat..hehe..tapi jangan la mintak sakit pulakkan..hehe,meleret la pulak admin ni..hehe..okehh,back to the topic..entry ana kali ni nak cerita sikit tentang cinta...yup, tentang cinta...excited la tu^^...pagi tadi ana ada terbaca satu hadith ...hadithnya berbunyi jeng..jeng..jeng~..^^
“Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhary 5580)
Satu yang sangat perlu sahabat tahu sekiranya kamu mencintai manusia,adakah kamu yakin yang cinta manusia kepada kamu akan terbalas atau berkekalan??..mungkin ramai yang dah tahu,tapi ana hanya nak memperingatkan bahawa cinta Allah tiada tandingannya...sahabat, sekali kamu mencintai Allah,seribu kali Allah mencintai kamu....so,buat apa kejarkan cinta manusia sedangkan kamu tahu yang cinta Allah itu adalah cinta nan abadi...Tapi sekiranya sahabat nak bercinta dengan manusia,tak salah pon ...tapi cintailah seseorang yang dalam hatinya yang utama ialah ada cinta kepada Allah...dan perbekalkan cinta kita hanya pada Allah yang utama. janganlah kamu cintai seseorang tanpa niat untuk nikahi dia...
Cintailah Allah untuk mencintai orang lain,hanya apabila kita mencintai Allah,barulah semarak cinta kita sesama manusia. yang sedang bercinta,pilihlah jalan yang terbaik iaitu NIKAH ..itu lebih selamat dari dok kapel lame-lame..selamat dari hasutan syaitan,selamat dari maksiat,selamat dari fitnah manusia...moga kita ambil contoh dari kisah seorang hamba Allah ini yang cintanya kepada Allah terlalu dalam sehinggakan tidak terpaling olehnya akan nikmat dunia..hati dan jiwanya tenggelam den cinta kepada Allah..siapa yang ana maksudkan ya?..hehe..ana maksudkan ialah RABIATUL ADAWIYAH..assalamualaikum..(^______^)
![]() |
| Add caption |

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:“Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”

Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)
Cintailah Allah untuk mencintai orang lain,hanya apabila kita mencintai Allah,barulah semarak cinta kita sesama manusia. yang sedang bercinta,pilihlah jalan yang terbaik iaitu NIKAH ..itu lebih selamat dari dok kapel lame-lame..selamat dari hasutan syaitan,selamat dari maksiat,selamat dari fitnah manusia...moga kita ambil contoh dari kisah seorang hamba Allah ini yang cintanya kepada Allah terlalu dalam sehinggakan tidak terpaling olehnya akan nikmat dunia..hati dan jiwanya tenggelam den cinta kepada Allah..siapa yang ana maksudkan ya?..hehe..ana maksudkan ialah RABIATUL ADAWIYAH..assalamualaikum..(^______^)
Sunday, 29 July 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)